Saturday, August 14, 2010

BATAL KE XBATAL??


Salam to all

Hurm korang mesti selalu konfius jugak kan bab2 boleh ke xboleh ?? batal ke xbatal ek?? Same gak mcm aku ade la beberapa perkara yang membuatkan diri ini konfius eh bole ke ek batal ke xbatal ek. Aku pon dgn penuh bersemangatnye google la info sbb kat internet ni of course mcm2 ilmu yg boleh kite carik . Ada perkara yang kita sangka membatalkan puasa tp hakikatnya tidaklah begitu..

1.Masih dalam keadaan junub ketika masuknya subuh. Yang ni selalunya masalah bagi orang yang berkahwin dh la especially bg yg bru first time berpuasa dgn suami tu kan hehe,bg korang yg xkawin lg boleh bc yg seterusnya tp kalo nk explain kt mak korang ha bolehla bace gak hehe..

Dari ‘aisyah & Ummu Salamah:

“Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1825, Muslim, no. 1109)

 

2. Gosok GG@ Bersiwak. Masalah ni aku confirm ramai yang agak was-was kan termasuklah aku. Meh kita buang rasa kewas-was-an itu berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari, 887) Manakala ada dari riwayat yang lain mengatakan, “... Setiap kali hendak berwudhu’” (Hadis Riwayat Bukhari, 2/682)

Hadis ini bersifat umum. Termasuklah ketika berpuasa. Oleh itu, diperbolehkan bersiwak/memberus gigi bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu’ samaada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh imam Bukhari di dalam sahihnya (2/682, dan Fathul Bari, 4/158) serta Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya (3/247), al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah (3/298), dan jumhur ahli ilmu yang lain.


3.Memasukkan air ke dalam hidung & Berkumur-kumur. Boleh ke???

...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.


Haaa baca tu jgn over ok kang adela yg tertelan air la apela kan
 

4. Bermesra Dan mencium Isteri. Ha ni pon untuk anda2 sume yang dah berumah tangga ataupon for those yang dah ade rumah tp xde tangga ha bolehlah...adeh.. 

Dari ‘Aisyah:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu menahan diri.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1927, Muslim, no. 1106)

Ada yang berpendapat, perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda berdasarkan hadis ini:

Dari abdullah bin ‘Amr:

“Kami pernah berada di sisi Nabi s.a.w., datanglah seorang pemuda, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa? Nabi menjawab: Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata: Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa? Nabi menjawab: Ya. Berkata (Abdullah): Kami melihat sesama sendiri (kehairanan), Maka Nabi bersabda: Sesungguhnya orang tua itu lebih mampu menahan dirinya.” (Lihat silsilah as-shahihah: 1606)




   
4. Merasa Makanan. Perkara ni pon menjadi kekeliruan jugak sbb aku slalu tgk mak aku time masak bulan pose dia akan rase sket letak kt lidah pastu dia akan berkumur2. Dan sekarang ni aku lak bt macam tu hehe so nk tahu secara sahih la boleh x sebenarnya....dan sebenarnya..


Dari Ibnu Abbas:

“Tidak mengapa merasa cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke krongkongan dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dengan tanpa sanad, dan Ibnu Hajar menyambungnya di dalam Fathul Bari, 3/154)

5. Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan. In case kalau sesape demam ke sakit ke kat bulan puasa ni yg memerlukan injection jarum tu kan ha..

Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang tidak membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin, seperti yang telah ditetapkan Majma’ Fiqhul Islami. (Rujuk: Majallah Majma’, 2/464)


6. Memakai Celak, Menitiskan Ubat Mata ke Bahagian Mata. Perkara ni especially for gugurl  yang xsah kalau keluar rumah tu xpakai eyeliner kan. Dan for those yang pakai lens tu n sesape yang selalu mate dia kering kan especially untuk korang2 yg keje kt tempat aircond sukela nk letak eyemo ha..

1 - Imam Bukhari mengatakan: “Anas bin Malik, Hasan al-Basri, dan Ibrahim an-Nakha’i memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa” (Fathul Bari, 4/153)

2 - Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin (Seperti Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, al-Uthaimeen, Dr. Wahbah Zuhaily, dan lain-lain...), bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa (Rujuk: Majallah Majma’, 2/378, 381, 385, 392) Juga ada perbahasannya di website ini

7. Mencurahkan Air Ke Atas Kepala/Mandi. Mak aih bulan puasa ni rajin bebeno ko mandi ye, lame pulak tu kalo bukan bulan puasa mandi sekali sehari je tu pon  4 minit je sape la tu ek ish2 sila jgn buat perkara2 yg xbaik itu yer. Sesape yang suka mandi tu, mandila tp jgnla over, u know what u did right. Jom kite tgk

Dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang yang meriwayatkan kepada aku:

“Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda bepuasa, kerana dahaga atau kepanasan. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2365, Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Sunan Abu Daud)

Manakala di dalam Shahih beliau mendatangkan satu tajuk “Bab Mandinya Orang Yang Bepuasa”, dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar:

“Ibnu Umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudia beliau memakainya dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari: 3/154)


sekian


Hopefully article ni boleh tolong ramai org kt lua sane yang selalu je was2 . Kalo sesape nk dapat info yang lebih bab2 ni klik site ni..



nikin love herself ^_^

7 comments:

Iiyana diabu said...

besnyer dapat tau info nie.thanks...ada gak yg dalam info nie sebelum nie agak mengelirukan..

Mz Nik said...

liyana gtahu kawan2 lain ek ^_^

halawatul iman said...

alhamdulillah..
tambah confident...

gnesop said...

good info, thx

Anonymous said...

aku muda lagi , jadi takleh bercium ngan isteri ..eh aku ada isteri ?

http://touyakaruma.com/blog/

WAHIDA ALIAS said...

tnx for the information..very helpful...especially for the lens thing..hehehe

Mz Nik said...

touyarama bt lawak antarablog eh hehe