Salam to All
Minggu depan sekolah sy akan mengadakan pertandingan nashyid antara kelas bersempena untuk memeriahkan lagi bulan Ramadhan dikalangan murid2 sekolah rendah ni. My class pn x terkecuali jugak terlibat, begitulah beria dn xcited sekali budak2 ni nk masuk nasyid siap berebut2 pastu behave sbb cikgu ckp kalau sape perangai xelok kene buang dr kumpulan nashid ehhehe..., bagus betul budak2 sek rendah ni semangat nak join aktiviti kalau sek menengah asyik orang yang same je masuk. So carik punye carik at last sy telah pilih lagu ni, kumpulan asal adalah Saujana tp untuk budak2 ni sy pilih nyanyian semula oleh kumpulan kanak2 iaitu Ae man, adala sikit diolah liriknya bg kesesuaian kanak2 bg senang u mereka hafal lirik..
Duk dengar2 lagu ni sebenarnya lagu ni amat besar sekali maksudnya u student and jugak u yang dewasa, hopefully my student bila duk nasyid lagu ni nanti akan melekat kat jiwa diaorang...dan yang mendengarnya jugak..Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya???....sama2 kita renungkan..nak carik lagu ni susah jgk tau, ni pn sy terpaksa download video dulu kat youtube then baru convertkan kpd MP3. sila klik u dgr lagu sepohon kayu versi kanak2...
"Sepohon Kayu"
Marilah bersama tunaikan solat
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami bekerja sehari hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami Sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
c/o
Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang di pukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari hari
barulah dia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat disana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat disana sangatlah rugi..
nikin love herself ^_^
2 comments:
o yeke??? npe leh jadi cam tu
kecik2 dulu suke dengar lagu nih.. siap nasyid lagi kt sekola ngn kwn2..
Post a Comment