Friday, August 27, 2010

Blogger sekalian: 10 Tabiat kita yang xsedar boleh merosakkan otak

Salam to all


1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif. In case kita berpuasa skg masa sahur tu dikira sarapan pagi kita la.So kpd sesape yg selalu xbgn sahur tu ubahlah sikap anda.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak

 3. Merokok


 Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan


Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

 Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur


Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

 9. Kurang berimiginasi


Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

 10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
 
Ada tak antara tabiat2 ni yang selalu anda amalkan?? err sy ada gak dalam 10 list tu hehe xmo otak ku rosak..huhu jom kita try ubah sikit sikit...xbanyak pon sikit jadik la demi u kesihatan otak kita..

nikin love herself ^_^

10 comments:

Unknown said...

Alamak...wa mmg byk tidor ni...abeslah...

sud@is said...

7. Menutup muka ketika tidur....tq2 pas ni x buat lagi

Pearl said...

dah tamo tidur tutp muke dah. thanks~

zalizalu said...

tido sambil tutup muka pon???

Khuzrin Kamarudin said...

Tang merokok tu tipu!!
Hahahahahahahhahaa....
=P

Cik Tim said...

hoyehh..nak try la buat smua yang ada dalam 10 tabiat ni..ley tak? buat?? silap..buat ikut mana yang patut je.. hehe.. ;D

mijieywardie said...

3 dari 10 tabiat tuda terlekat pada G. hehe.. jgn la sampai merosakkan otak..

aswanism said...

best baca entry ni :)

Malwanaz said...

oohh...hehe..sib baik malwana jenis xtido..haha

jalanjatuh said...

satu pon xde...
hahhaha
tere x..??terer x??