BANYAK BERISTIGHFAR AKAN MENDATANGKAN REZEKI YANG MELIMPAH
Salam to all
Nukilan kali ni siyesly bukan hasil nukilan aku,aku cume salin je dari sumber yg akan dinyatakan. Bukan ape tgk tajuk tu cam xleh blah kan tp bile aku bace artikle ni memang terus i like,sebab kekadang kita terlupa akan benda ni so dengan berkongsi dgn korang kita sama2 dapat ilmu dan dapat keberkatan darinya kate sharing is caring kan sbb tu aku kongsi ngan korang2 sume Weeee~~~
Seorang wanita berkata:"Suamiku mati pada saat usiaku tiga puluh tahun,dan aku memiliki lima anak lelaki dan perempuan darinya. Dunia seolah gelap gelita dimataku,dan aku menangis hingga hampir buta. Aku menyesali hidupku,aku berputus asa,kecelaruan menyelimutiku,dan kesedihan menghimpitku. Anak-anaku masih kecil dan kami tidak memiliki penghasilan yang mencukupi. Aku membelanjakan dengan sangat berhemat baki harta yag ditingglakan oleh suamiku.
Suatu hari aku masuk kedalam bilik untuk mendengar Al-Quran dari radio. Tiba tiba seorang syeikh dalam siarannya mengatakan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam telah bersabda
maksudnya:
Barangsiapa yang banyak membaca istighfar,nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahannya dan menjadikan kelapanagn dari setiap kesempitannya.
Setelah itu aku memperbanyakkan istighfar,demikian juga anak anakku,aku perintahkan mereka melakukan hal yang sama. Hasilnya,tidak lebih dari enam bulan kami mendapatkan tawaran projek untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan wang berjuta juta.
Selanjutnya,anakku yang pertama dapat masuk sekolah di daerah tempat kami berada. Ia berjaya menghafalkan al quran dan menjadi perhation dan simpati orang ramai. Kini rumah kami dipenuhi dengan kebaikan dan kehidupan kami menjadi sejahtera. Allah memperbaiki keadaan semua anak lelaki dan perempuanku. Kini lenyaplah semua kesusahan,kecemasan dan kesedihan yang sebelumnya begitu mencengkam diriku dan aku pun berubah menjadi wanita yang paling bahagia.
the end.
Bes kan cite tu..so marilah sama2 kita memperbanyakkan Istighfar kepada Allah S.W.T semoga kita pon akan dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan..
oye, cite tersebut dipetik dari buku Jangan Bersedih karangan DR. Aidh Bin' Abdullah Al Qarni
nikin love herself ^_^ MR K N Baby T
1 comment:
wah, lama kak nik dah berupdate ea.
Post a Comment